Monday, July 11, 2011

Azam dan Garam

Tanggal bulan tujuh hari sembilan,
rakyat bangun demi perubahan.
Berlapik baju Bersih kekuningan,
berganding bahu hadapi cabaran.


Genggam tangan penuh azam,
bawa bunga secebis garam.
Panggilan ubah amat mendalam,
sebelum negara terus tenggelam.


Seruan ke kota dengan aman,
arahan keras tutup jalan.
Berjaya juga dalam ribuan,
laungan bersih kedengaran.


Himpun janakan seluruh negara,
sokongan padu merata dunia.
Tua, muda dan pelbagai warna,
sama-sama berjuang jua.

Ribuan berarak di jalanan,
secara teratur serta aman.
Dengan sorak angkat tangan,
hidup rakyat jadi pegangan.


Himpunan aman dikira engkar,
disambut dengan pemedih mata.
Secebis garam dalam lidah,
agar badan tidak merana.


Rakyat pendam sekian lama,
guna hak untuk bersuara. 
Mohon dasar lebih bermakna,
demi negara yang tercinta.

Loka SK Ng
@Miri, Sarawak
11/07/2011