Tuesday, May 13, 2008

May 13 Masih Hantui

Hari ini merupakan ulang tahun yang ke 40 insiden 13 Mei di mana berlakunya rusuhan kaum yang mengorbankan ramai mangsa. Dikatakan negara kita masa itu telah berpecah belah akibat rusuhan perkauman ini. Untuk mereka yang kehilangan orang tersayang akibat insiden itu, pasti dalam hati yang masih belum sembuh ada lagi persoalan yang belum dijawab sepenuhnya. Apakah sebenarnya berlaku 40 tahun lalu? Laporan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak berwajib tetapi masih ada berpendapat persoalan-persoalan tertentu belum dijawab lagi. Mengapakah ia begitu?

Selagi ada persoalan mengenai insiden 513, pasti ia tidak akan berkubur begitu sahaja. Patutkah pihak pemerintah ambil perhatian perkara ini dan adakan satu suruhanjaya diraja untuk jalankan siasatan untuk melenyapkan hantu 513 ini yang masih menghantui ramai orang termasuk kalangan ahli politik yang masih suka menimbulkan insiden ini pada musim-musim pilihan raya. Mungkin ada baiknya perkara ini diselesaikan agar ia tidak menjadi duri dalam daging yang mungkin mengekang proses perpaduan rakyat yang utuh.

Once and for all. Settle all the questions so that life can move on.

Kebetulan pula Ahad lepas saya telah dijemput membentangkan kertas kerja mengenai perpaduan rakyat Malaysia dalam satu konvensyen belia. Saya telah menekankan bahawa perpaduan yang berasaskan persefahaman bersyarat tidak akan kekal kerana diadakan demi kepentingan diri setiap golongan yang terlibat. Perpaduan sebenar perlu mempunyai keikhlasan untuk memajukan masyarakat dan negara berdasarkan prinsip keadilan dan kesaksamaan untuk semua tetapi .

Perpaduan rakyat boleh bermula dengan fahaman bahawa terdapat orang lain yang mempunyai corak dan pegangan hidup yang berbeza dengan kita dan kita harus bersedia menerima perbezaan itu secara hati terbuka.

No comments: