Wednesday, December 17, 2008

Abhisit boleh, Anwar macam mana?

Abhisit Vejjajiva dari Parti Demokratik sudah berjaya meraih sokongan dari ahli-ahli parlimen Thailand termasuk dari pihak lawan untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri apabila mendapat restu Raja Bhumipol nanti. Walaupun Abhisit mempunyai jumlah kerusi minoriti dalam parlimen, dia telah mempengaruhi sejumlah ahli parlimen pro-Thaksin untuk menukar kiblat ketaatan dan memberikan sokongan kepadanya untuk dipilih sebagai PM.


Mengambil kira perkembangan di Thailand sekarang, persoalan yang berlegar dalam minda pemerhati politik Malaysia ialah bilakah Anwar Ibrahim akan berjaya mendapatkan sokongan yang mencukupi dari ahli-ahli parlimen parti-parti dalam BN untuk merealisasikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia?


Reaksi Menteri Luar Rais Yatim yang menyambut baik pelantikan Abhisit sebagai PM Thailand menimbulkan persoalan yang kedua iaitu adakah Rais Yatim akan juga mengalu-alukan pelantikan Anwar sebagai PM sekiranya Anwar berjaya menjadi PM melalui "pintu belakang" seperti yang dilakukan oleh Abhisit di Thailand iaitu tanpa menghadapi pilihanraya yang baru?


Ataupun ia hanyalah setakat cakap kosong dan untuk mensyokkan orang lain sahaja tetapi tak pernah jujur dengan segala yang di ucapkan. - Loka


-English version below-



Abhisit can, what about Anwar?


The leader of Democratic Party of Thailand Abhisit Vejjajiva who controls a minority seats in Parliament managed to secure enough support of some pro-Thaksin's parliamentarian to be elected the next Prime Minister fo Thailand. He will appointed PM once King Bhumipol gave his majesty's consent.


Taking note of the event in Thailand, the thoughts playing in the head of political observers in Malaysia is when will Anwar Ibrahim be able to draw enough support from some parliamentarians in BN parties to fulfil his dream to be PM of Malaysia?


Foreign Minster Rais Yatim positive response towards Abhisit's appointment will also give rise to another question. Is Rais prepared to welcome Anwar's appointment as PM even though it is through the "back door" just as Abhisit's in Thailand, without facing the electorates in a general election?


Or it's just empty talk to make others happy but was never intended to be honest in whatever spoken? - Loka

No comments: